TAJ SA BANDAR BP
sekolah agama bandar,83000 jln ampuan,batu pahat,johor
Monday, December 13, 2010
aktiviti
b PENDIDIKAN JASMANI - Membawa murid menghirup udara segar, mengadakan aktiviti riadah di luar bilik darjah.
bLAWATAN SAMBIL BELAJAR - Memperkenalkan murid-murid TAJ kepada masyarakat.
bMAJLIS MAULIDURRASUL - Murid TAJ mengikuti segala perancangan yang telah diatur seperti Maulidurrasul, Majlis Israk Mikraj yang bersesuaian dengan kemampuan murid TAJ.
sejarah
TAJ IBNU SINA yang mula diwujudkan di Sekolah Agama Bandar pada tahun 2004 sebagai tahun perintis yang kini berada di bawah penyelarasan Ustazah Julia binti Sapari dan Ustazah Nur Fadilah binti Panot semakin berkembang dari tahun ke tahun mengikut peningkatan dan prestasi pelajarnya.
Ia bermula secara berperingkat – peringkat bilamana Program TAJ ini mula diperkenalkan. Pihak penyelarasan telah membuat perubahan dari tahun ke tahun untuk memberikan keselesaan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pihak guru lebih memberi fokus dalam pembentukan sahsiah peribadi pelajar, disamping mengetahui asas Al-Quran dan solat serta menerapkan nilai-nilai murni sebagai panduan apabila meningkat dewasa kelak.
keistimewaan
vMenguasai kemahiran asas Al-Quran,
Jawi dan Fardhu Ain.
v Mengamalkan budaya hidup Islam.
v Menguasai asas Bahasa Ibunda,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
objektif
vMemupuk semangat cinta dan sayangkan agama, bangsa dan
negara.
v Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
v Menanam kemahiran asas pada tulisan jawi dan pembacaan
Al-Quran dan dapat mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan
baik.
v Membentuk konsep diri yang positif serta memupuk
semangat bergaul, disamping menghormati dan menghargai
hak dan kebolehan orang lain.
v Menanam kemahiran asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Arab, Matematik dan Sains.
Subscribe to:
Posts (Atom)