TAJ IBNU SINA yang mula diwujudkan di Sekolah Agama Bandar pada tahun 2004 sebagai tahun perintis yang kini berada di bawah penyelarasan Ustazah Julia binti Sapari dan Ustazah Nur Fadilah binti Panot semakin berkembang dari tahun ke tahun mengikut peningkatan dan prestasi pelajarnya.
Ia bermula secara berperingkat – peringkat bilamana Program TAJ ini mula diperkenalkan. Pihak penyelarasan telah membuat perubahan dari tahun ke tahun untuk memberikan keselesaan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pihak guru lebih memberi fokus dalam pembentukan sahsiah peribadi pelajar, disamping mengetahui asas Al-Quran dan solat serta menerapkan nilai-nilai murni sebagai panduan apabila meningkat dewasa kelak.
No comments:
Post a Comment